Terbaru

Thursday, 15 May 2014

Kurma Ayam

Resepi : Kurma Ayam
Sumber : Che Jah

Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.
.


semalam baru masak tuk suami dan anak2..sangat sedapp.

thankss..kengkawan bolgger sudi kongsi resepi masakkan..

Tuesday, 13 May 2014

ikan masak asam pedas

Sumber : Wana Yusuf
 Petua untuk membuat asam pedas yang sedap
1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak segar masak apa pun tak sedap!)
2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana  rasanya tak sedap)
4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungiLikopen ( antioksida ).
5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.
Selamat mencuba!
"asam pedas ikan kembung"
Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Bahan-bahannya
3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato  kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat..


notes;- aku baru nak belajar memasak..asam pedas ni..maaf ye..kerana aku suka mengcopy paste
utk rujukkan sendiri..

Monday, 12 May 2014

ku redha dengan ujianmu ini..


ku redha dengan ujianmu ini..

assalamulaikum..

tiada ungkapan yang mampu aku luahkan di kala ini.
di saat hati meruntun hiba..mengenangkan kesakitan yang di tanggung
oleh anak kecilku ini..
namun siapalah aku untuk menolak takdir yang maha kuasa..
aku harus redha dengan semua ini..kerana aku perlu tahu..allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan.
dan di sebalik yang berlaku ada hikmah yg tersembunyi..

pada 29.4.2014 setelah 3 minggu berturut-turut..
aku membawa anak kecilku ke klinik kerajaan kerana gusi bengkak dan demam lebih kurang 3 minggu kot..
doc hanya bagi ubat anti-baotik..munkin doc jangkakan hanya demam biasa..
namun jangkaan itu meleset bila minggu k-3,
doctor menyarankan aku merujuk kepada hospital pakar..besar kemungkinan dia akn di bedah.
hatiku hancur rasanya saat mendengar berita dari pada doc..
sudah tentu aku risau dengan kos pembayaran yang tentunya amat tinggi.
namun,aku beryukur kehadrat illahi kerana aku mempunyai hospital panel..
selepas membuat semakan dengan HR berkenaan dengan prosedur tersebut..
tampa membuang masa aku terus membawa anakku ke hospital UM..
UTK berjumpa dengan doc pakar..

dalam saat menuggu nombor giliran..
hatiku mnjadi sayu dan sangat sedih,,.
bila melihat anakku yang sekecil ini yang penuh dgn kelincahan..
dan dia x pernah pn merasa kan kesakitan itu suatu yang mneyeksakan dan melemahkan jiwanya.
hatiku mnjadi hiba apalh yang di mengerti anak sekecil ini..
tampaku sedari air mata mengalir juga di hadapannya..
lalu dia berkata''nape ummi nangis''.ku seka air mata ini..
terus memeluk erat di dalam dakapan..dalam hatiku mula berkata''sayang andai kau mengerti kesakitan ini,
xperlulah umi jelaskan..''
kenapa umi menangis nak..
namun ku paksakan jua tersenyum..
dalam hati berdoa''semoga anakku yang sorang ini kuat dalam menghadapi ujian ini'


tepat jam 9.45am..nombor gilirannya pun tiba..
betapa luluh hatiku..bila melihat kuman yang membiak di gusi..
doc pn xsanggup melihatnya..
bila doc bagi dua pilihan..
samada operate dalam keadaan sedar atau pn doc akan bagi ubat tidur.
utk mncabut kesemua gigi atas..dan membuang kuman yg berada di gusi..
ku pandang wajah suami..untuk mengharap agar dia memberi jawapan kepada doc..kerana aku xbisa membuat keputusan.
sakit hatiku ini bagai disiat-siat sembilu nan tajam..
''kalaulah aku boleh menggatikan tempatnya.biarlah gigiku yg dibuang semua..''
kami terpaksa bersetuju dengan pilhan yang kedua..untuk memberi ubat tidur
dan memberi ubat kebas utk membuang gigi yang rosak dan membuang kuman tersebut..

pada 06.05.2014@ 8.30am.adalah tarikh yang di janjikan
utk membuat pembedahan mulut.
ku lihat anakku sangat ceria..
hati ini hanya tuhan yg tahu betapa sakit aku rasakan..
berdebar juga lah..
setelah nama nurzara elisya di panggil nurse..
suami terus menemani keruang bilik pembedahan..
tapi sedihnya..suami xdapat menemani adik bersama..
nurse menyuruh adik pakai selipar yang di bekalkan pihak hospital.
sebelum menunggu untuk proses pembedahan di lakukan..
doc menerangkan apakah fungsi ubat tidur jika di berikan kepada budak berusia 3 tahun..
setelah bersetuju dgn syarat yang di terangkan.doc memberi dua surat kebenaran utk melakukan proses pembedahan itu..

tanganku menggigil ketika menurunkan tandatangan di dua helaian kertas itu..
namun ku gagahi juga..
adik di berikan baju gantian mickey mouse..
ku lihat wajahnya..tiada kesakitan..senyuman sentiasa meleret di bibir mungilnya..
ah,,kenapa ku yg harus rebah dan takut..sedangkan dia anak kecil yang sangat kuat..
kemudian..tibalah masanya dia akan di ebrikan ubat tidur..
aku rasa adik dah tau..pelukkan kemas di pinggangku seakan sukar untuk di lepaskan..
dalam beberapa saat..aku terpaksa lepaskan juga adik..
xterasa air mata mengalir..kemudian doc menyuruh nurse membawa aku keluar dari dalam bilik bedah itu..

ya allah..hanya engkau yang maha mengetahui..
aku sudah xperdaya..
namun aku kena kuat..dalam masa menunggu selama 1 lebih..aku membaca ayat2 al-quran..
ku mohon allah memberi anak kecilku kekuatan..
utk menghadapi saat-saat itu..
selepas hampir lebih kurang sejam lebih..
kulihat doc dan nurse menolak katil ke wad hadapanku..
aku terus mencapai si kecilku zara..
tampa memperdulikan apa yang doc katakan..
kerana pada saat itu hatiku hanya ingin memeluk puteri kesayanganku..
kulihat dia dah x bermaya disebabkan penangan ubat tidur yang doc bagi..
menangis dan merengek..dan dia xingin orang lain ada di situ..

tepat pukul 1.45pm.adik dah boleh discharge dr hospital..syukur alhamdulillah..











terkini