Terbaru

Thursday, 15 May 2014

Kurma Ayam

Resepi : Kurma Ayam
Sumber : Che Jah

Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.
.


semalam baru masak tuk suami dan anak2..sangat sedapp.

thankss..kengkawan bolgger sudi kongsi resepi masakkan..

3 comments:

  1. salah 1 kelebihan m'jadik blogger adalah dpt sharing resepi yg best2. hmm.. mmg best kan? ;)

    ReplyDelete
  2. Yup..betul.tu mmg best sy dahla x berapa pandai masak..sejak jd blogger ni da semua benda nak masak..hihi

    ReplyDelete
  3. Yup..betul.tu mmg best sy dahla x berapa pandai masak..sejak jd blogger ni da semua benda nak masak..hihi

    ReplyDelete

komen anda inspirasi blogku.
sila tinggalkan komen anda.Insyallah saya akan singgah di blog kalian.

salam sayang
Hana

terkini