بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ingatlah para sahabat kita berjuang dijalan allah bukan sorang-sorang
tampa mengajak yang lain.
Islam tidak mengajar kita mementingkan diri sendiri .
Islam mengajar kiat bersatu.
Walaupun sahabat kita agak keras.Kita ada dakwah,kita ada doa,
Lihatlah betapa besarnya kekuasaan allah kita juga sebagai sahabat.
Mereka juga berdosa jika hanya melihat sahabat yang lain terpesong
tampa teguran atau mengajak mereka bersama berjuang di jalan allah.
Aku tahu,aku juga bukanlah seorang yang solehah,tetapi cita-citaku ingin menjadi orang yang solehah untuk semua orang dan paling penting kerana allah taala. Bukalah hati sahabat jangan matikan hati dek kerana hasutan syaitan.Kita ada fitrah malaikat juga dihantar kepada kita untuk melakukan kebaikan.Dalam masa yang sama syaitan pula sibuk berbisik agar kita membuat kejahatan
Jadi bisikan mana kita mahu ikut. Aku percaya ramai yang memilih bisikan malaikat untuk membawa kearah kebaikan.
Sahabat, ajal tak kenal usia. Ajal datang pada bila-bila masa sahaja. Tidakkah berasa takut. Tidakkah berasa takut jika mati dalam berlumuran dosa .
Maka kembalilah kepada Allah sahabat, cintailah Rasulullah. Di syurga kelak adalah lebih indah berbanding duniawi. Jangan tertipu dengan keduniaan sahabat, akan tetapi gunakanlah dunia sebagai pelaburan menuju akhirat.
Usaha gunakan lorong dunia sebagai medan memungut pahala walaupun berat. Percayalah, pada permulaan akan berasa berat namun kenikmatan akan dikecapi sesudah itu. Ikhlas kerana Allah.
Bantulah diri ke jalannya, jangan menyiksa diri dengan bentuk kejahilan yang dilakukan. Jika tak melakukan dosa pun pungutlah pahala dengan membuat kebaikan.Aku sebagai sahabat sering mengharapkan semua sahabatku bersama berjuang di jalan Allah. Sangat berharap!
Mari sahabat semua, cintai Allah, cintai Rasulullah. Berhenti mencari redha manusia,kerana jika mencari redha manusia seolah-olah kita menipu diri sendiri kerana jika dipuji berterusan melakukan kebaikan, tidak dipuji maka hilanglah amal jariah semasa di dunia.
Bangun sahabat, bangun memperbetulkan diri. Jangan hanya berdiam, jangan hanya berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak bergerak. Mari menghambakan diri kepada Allah.
Sahabat yang menyayangi Rasullulah, Rasulullah sedang menunggu kita di akhirat sana sekarang. Rasullulah sayang umatnya.
Jangan kisahkan apa kata orang, kerana hak menilai bukan ada pada mereka. Jadi bila terdetik rasa ingin berhijrah teruskan sahaja kamu melangkah. Jangan pernah dikau menyerah.
Pertolongan Allah sentiasa hadir pada mereka yang mengharapkan maghfirahnya. Ingatlah,Allah itu maha pengampun. Tidak rugi jika kembali padanya,maka kembalilah pada fitrah. Kita hamba Allah,kita bukan hamba syaitan. Carilah hidayah, jangan hanya berdiam tanpa usaha.
Pengorbanan yang sebenar ialah pengorbanan yang mendekatkan diri kepadanya. Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan lebih manis jika disandarkan hanya untuk Allah.
Keperitan, kesusahan, penderitaan dan tangisan yang dirasai akan mendapat ganjaran syurga. Ini adalah kemuncak kebahagiaan dan kenikmatan.Semoga kita adalah insan yang sentiasa berjuang di jalan Allah.
Sahabat, pimpinlah tanganku jika aku terjatuh. InsyaAllah akan ku pimpin tanganmu jua jika kamu terjatuh.
InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment
komen anda inspirasi blogku.
sila tinggalkan komen anda.Insyallah saya akan singgah di blog kalian.
salam sayang
Hana